Harini dah kene balik kknc. Sangat menyedihkan. Rase macam baru semalam cuti sem, tapi dah kene balik dah. Esok bermulalah kembali hidupku sebagai pelajar cemerlang(wahhh, cemerlang la sangat). Sem 2 pastinya lebih mencabar dan menyusahkan(sangat menyusahkan). Lebih banyak assignment yang mendera saraf otakku.
Memandangkan keputusan exam yang kurang memuaskan(tak memuaskan langsung), maka terpaksalah aku berusaha berlipat-lipat kali ganda di sem2 nanti, takut tak lepas nak sambung degree. Jadi, tak bolehlah aku berfoya-foya di Usim lagi. Buat rakan seperfoyaan (jasmi,mass,ayoi), aku harap korang bace entry ini dengan penuh keinsafan dan tolong jangan hasut aku untuk berfoya kembali. Aku dah insaf(mungkin).
Semangat berkobar-kobar nak belajar semula. Okay, tipu. Sebenarnya aku tak bersedia lagi nak menghadapi semhell2. Cuti yang diberikan sangat tidak munasabah, hanya sebulan saja. Gile ape. Aku bersusah payah selama 5 bulan untuk sem1 and dorang bagi cuti sebulan je untuk rehat. Sepatutnya dorang bagi cuti 5 bulan baru setimpal dengan penat lelah aku ni.
Kembali kepada tujuan asal aku menulis entry ini, aku hanya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada blogger2 sekalian. Mungkin kite akan bertemu lagi pada tahun hadapan kerana agak payah sedikit(payah banyak) untuk on9 di Usim. Buat pengetahuan semua, Usim tidak mampu untuk memasang wifi di kknc(aku harap tiada pihak atasan usim yang membaca blog ini). Maka tidak bolehlah aku mengupdate blog dan status fb hari2. Terasa diri begitu daif.
Ohh, tidak lupa juga kepada blogger2 sekalian, sila doakan aku lebih berjaya di semhell2 ini. Sorang2 cepat tadah tangan doa. Aku se-ri-us mahu struggle gile kentang di semhell2 ni. Jadi, tolonglah rajin2 doakan aku. Sampai sini saja yang aku ingin coretkan,. Jumpa lagi dimasa akan datang.(ayat nak membabi je keje)
ps:jangan lupa doakan aku.
pss:akusayangkorang.muahahaha
psss:buat rakanku fatin syakira, all da best exam.youcandoit!
syukran jazillan famun!!!!!!!!!!
ReplyDeleteaku SAYANG kau!!
=')
ALL IS WELL~ =)
no prob la fasyark !
ReplyDelete