6 June 2012

masih adakah?

jauh tersasar, aku minta untuk kembali.
moga taubat masih diterima.
moga masih mendapat hidayah.
moga dapat istiqamah dengannya.

adakah aku layak untuk menjadi hamba-Mu.
aku masih mengharap.
banyak yang aku pinta.
tapi kurang pula aku bersyukur.

semoga aku dapat menjaga hubungan ini, Ya Allah.
tapi bagaimana pula dengan hubungan sesama manusia?
aku masih buntu, Ya Allah.
aku masih mengharapkan kemaafan dari mereka.

maka berilah aku petunjuk, Ya Allah.
apa yang harus aku lakukan lagi.
agar mereka dapat memaafkan kesilapan lalu.
hanya kemaafan yang aku pinta, Ya Allah.

Ya Allah, sungguh aku merasa kematian itu semakin hampir.
aku tidak mahu mati dalam kesesatan.
tunjuklah aku jalan yang benar.
agar aku dapat pergi dengan tenteram.

Ya Allah, masih adakah tempat untuk ku disisi-Mu?

No comments:

Post a Comment