merindu itu mudah..
dirindui itu istimewa..
yang merindu sentiasa merana..
yang dirindui tidak pernah mengetahui..
sesekali aku memandang kebelakang.
melihat kenangan lalu.
melihat siapa aku pada masa lalu.
siapa aku pada dirimu.
dan siapa kau pada diriku.
segala-galanya berbalas dengan bukan siapa-siapa.
kekecewaan berbalas dengan kebahagiaan.
perasaan ini bukan lagi milikku.
malah tidak akan pernah menjadi milikku.
perasaan bilamana rasa tidak akan ditangisi dan dikenang lagi.
itu yang aku rasa. bukan kau yang rasa.
itu yang aku alami. bukan kau yang alami.
mungkin aku terlalu emosi. mungkin aku terlalu berterus-terang.
aku hanya wanita biasa. aku punya perasaan.
dan kau lelaki, takkan pernah faham.
tidak pula kau cuba untuk memahaminya.
jangan menghina perasaan yang kau sendiri wujudkan dalam diri aku.
jangan menghina rasa sayang yang aku berikan pada kau.
jangan pernah menghina aku kerana terlalu mudah untuk merayu.
jangan pernah kau benci aku yang bukan siapa-siapa ini.
jangan kau tambah lagi kehinaan pada diri yang hina ini.
ps: ini karya semata-mata
No comments:
Post a Comment