aku lapar. aku sorang sorang kat KK1. duduk tepi katil sambil peluk bantal busuk sambil berharap bantal tu akan bertukar jadi bege. cuti 4 hari hanya dihabiskan dengan berbaring di atas katil yang tak berapa nak empuk ni. ucapan terima kasih buat mama dan abah kerana meninggalkan anakanda mu lagi. semoga berbahagia bercuti di Sabah. jangan honeymoon lama sangat. pulanglah segera. kasihan anakanda.
aku lapar sebenarnya. tapi aku tak nak makan kat kafe KK1 ni. dari sekolah lagi aku memang tak suka makan kat kantin mahupun kafe. aku lebih prefer makan kat kedai makan or restoren yang proper. bukan nak demand ke apa, cuma aku tak nak ambil risiko sakit perot cirit birit. aku malas nak duduk dalam toilet berejam-rejam. lagipun perot aku memang sensitif. ini doktor yang cakap, bukan aku yang cakap. jangan nak assume aku mengade-ngade pulak.
aku harap sangat Mekdi bukak cawangan baru dalam usim ni.(mana2 pekerja mekdi yang baca entry ni, mohon dipetimbangkan permintaan ini). senang aku nak makan. jalan kaki je pegi. tak perlu aku buat muka tebal setiap kali nak pinjam kete ayoi semata-mata nak makan mekdi. aku tak tahu nak cakap apa dah. tangan aku ni dah menggigil tahan lapar. eloklah aku pegi google gamba-gamba makanan kejap.
 |
| ni bege plg sedap yg mekdi penah cipta. sumpah tak tipu. |
 |
ni namenye rendang. kau jangan nak tengok gamba
ni sambil buat muka curious. aku lempang kang.
|
 |
| my favourite. |
LAPARLAH WOIHHHHHH
No comments:
Post a Comment