bukan aku tak terima hakikat, cuma aku sangat terkilan.
bukan aku tak mampu nak melupakan, cuma aku tidak cukup kuat lagi.
mungkin lebih baik jika kita tidak dipertemukan dahulu.
percaturan hidup kita adalah satu kesilapan.
silap aku kerana terlalu menyayangi kau.
dan sekarang, aku sendiri yang kecundang.
aku lemas dengan kenangan lalu.
kenangan yang sudah kau hapuskan setelah kau tinggalkan aku.
mudahnya kau melupakan.
mudahnya kau mencari pengganti.
aku disini terseksa memikirkan kau dan dia.
remuk hati hanya Tuhan yang tahu.
bukan aku menyalahkan kau dengan apa yang terjadi.
tidak sekali aku mampu untuk membenci kau.
kerna sayang yang aku bina sudah cukup untuk menutup semua kebencian.
sayangnya, kau tak pernah mengerti semua itu.
siapa aku pada kau dahulu ?
apa erti semua kata cinta yang kau ucapkan dahulu ?
kerna sekarang, aku meragui semuanya.
mungkin kau tak pernah maksudkan semuanya dahulu.
jadi mengapa kau biarkan saja aku hanyut dengan cinta kau dahulu ?
celaka sungguh diri ini.
celaka sungguh cinta ini.
peritnya menusuk jauh.
aku dihina kerana terlalu mencintai kau.
sememangnya, aku adalah celaka yang menjadi sebutan.
-karya1.2-
No comments:
Post a Comment