Assalammualaikum.
Rasa macam dah lama tak post entry yg panjang. Sebenarnya aku tak faham kenapa aku ada blog. Orang kata blog ni tempat untuk luahkan perasaan. Begitu juga dengan twitter. Orang kata twitter tu umpama mini blog. Semua rasa diluahkan disitu. Jadi aku pon meluahkan perasaan di laman sosial ini.
Twitter terutamanya. Banyak perasaan aku luahkan kat situ. Kadang-kadang nak bagi orang tahu. Kadang tak nak pon. Tapi tak tahu kenapa still tweet jugak. Tapi lama-kelamaan, aku belajar sesuatu. Tak semua benda yang kita buat orang akan suka. Nak lagi straightforward, tak semua yang kita tweet orang akan suka.
Aku tak pernah salahkan sesiapa. Memang salah diri sendiri. Aku tahu aku banyak tweet pasal patah hati bagai. Sebab tu ramai tak suka. Orang kata kenapa lama sangat nak bersedih. Orang lain dah move on lama dah. Kenapa kau tak boleh. Jangan tanya aku kenapa tak boleh. Aku sendiri pon tak faham kenapa susah sangat. Tak pelah. Lama-lama boleh lah tu. *kesat air mata*
Bila dah masuk tahun dua ni, fikiran pon dah makin matang. Hati pon dah makin kuat sikit. Banyak benda aku belajar dari perkara lepas. Orang akan tetap judge kita atas setiap perkara yang kita buat. Once kita dah bagi bad impressions, orang akan ingat sampai bila-bila. Itu semua perkara normal. Nak tak nak, kita terima. Biarlah orang kata apa pon buat apa pon, kita balas je dengan kebaikkan. Hidup ni terlalu singkat untuk membenci sesama manusia.
Aku bukan nak belagak pious ke apa. Tapi aku memang bersyukur sangat dengan setiap musibah yang menimpa aku. Dari situ aku belajar bahawa Allah itu Maha Besar dan aku hanyalah hamba yang tersangat kerdil. Kuasa Allah memang besar. Jika bukan kerana musibah, sampai bila-bila pon aku tidak akan kembali ke pangkal jalan. Aku yakin semua yang terjadi ada hikmahnya.
Kesedihan dunia hanya sementara. Kenapa nak bersedih kerana dia yang tidak tahu pon kita bersedih. Aku mengaku even sampai sekarang pon aku still bersedih. Tapi aku tahu Allah lebih memahami. Ada hikmah disebalik setiap perkara mahupun manusia yang hadi dalam hidup ini.
Jadi sempena Maal Hijrah ni, aku ingin membuka lembaran baru. Aku sangat berterima kasih kepada semua yang ada dalam hidup aku sama ada yang telah pergi mahupon yang masih setia melayan aku. Betullah orang cakap dan aku pegang kata-kata ni.
"God doesn't give you the people you want,
He gives you the people you need.
To help you, to hurt you,
to leave you, to love you,
and to make you the person you were meant to be."
*Salam Maal Hijrah. Semoga kau dan aku dapat berhijrah menjadi lebih baik.*
No comments:
Post a Comment